Isnin, 4 Julai 2011

Apabila Transformers menjadi Independence Day


Itulah yang aku dapat bila menonton Transformers: Dark of the Moon.

Mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini mengatakan ini adalah filem Transformers yang terbaik, aku katakan 'crap'.

Aku mengharapkan originaliti Transformers dikembalikan dalam filem ini malangnya Transformers kali ini adalah sama dengan filem-filem Transformers sebelum ini.

Sememangnya Transformers versi Michael Bay telah lama di 'fuck-up' oleh peminat-peminat tegar siri animasi Transformers era-80'an dahulu.

Transformers versi Michael Bay juga dikatakan terlalu 'American'.

Tidak dinafikan kesan khas dan teknologi 3D yang digunakan dalam filem antara yang terbaik pernah dihasilkan namun boleh dikatakan beberapa babak dalam filem ini pernah aku saksikan dalam filem-filem yang lain.

Antaranya filem Independence Day, Back to the Future, War of the Worlds, Armageddon malahan peperangan antara tentera dengan makhluk asing (dalam filem ini dengan robot Decepticons tentunya) adalah sama dengan pertarungan tentera di dalam filem Independence Day, War of the Worlds dan Battle: Los Angeles.

Tak kisahlah kalau aku kutuk filem ini pun sebab aku pergi juga menontonnya dan khabarnya panggung sentiasa penuh sejak Transformers ditayangkan.

6 ulasan:

Dr. Ben berkata...

sedang tunggu rilisan DVD

tumpanglalu berkata...

tumpang tanya: kenapa Bumblebee even dah masuk episod 3, still belum boleh bercakap dengan baik?

zulazahari berkata...

Dr. Ben, satu cadangan yg bijak atau tunggu saja main kat Astro ke Unifi ke, lagi save duit

zulazahari berkata...

tumpanglalu, menurut page http://tfwiki.net/wiki/Bumblebee_(Movie), vocal processor atau alat pemproses vokal Bumblebee telah rosak akibat peperangan dan Ratchet masih berusaha untuk membaikinya manakala menurut Roberto Orci, penulis skrip Tranfsormers: Revenge of the Fallen mahu membuatkan Bumblebee bercakap bagaimanapun cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Michael Bay (ref: http://www.tfw2005.com/boards/transformers-movie-discussion/180451-welcome-mr-roberto-orci-you-may-ask-him-questions-283.html#post3785383)

tumpanglalu berkata...

alasan Ratchet masih berusaha utk membaiki kedengaran mcm alasan lepas tgn atau alasan xmasuk akal. lps stiap battle antara Autobots dgn Decepticons, pasti semuanya akan rosak/cedera terok. so sure akan dibaiki/dirawat samada dgn usaha sendri atau NEST atau Energon atau Allsparks.

tp alasan MB tidak persetujui tu mcm masuk akal la skit sbb dlm konteks Bumblebee dan Sam, lbih mudah nak mengolah emosi nonverbal berbanding verbal.

tp kita faham, motion picture ada hak utk gubah apa ja :)

mior berkata...

hrmm..xjd lar nk g tgk.. cm xbrbaloi ja kuor duit.. tq kasi info ttg cite ni!!..