Isnin, 13 Jun 2011

Nostalgia 80'an dalam Super 8


Apakah yang mendorong aku untuk menonton filem ini?? Aku telah mengorbankan Pirates of the Carribean demi untuk menonton filem ini. Pertamanya kerana aku rasa Pirates semacam ada sesuatu yang kurang meskipun adik aku beria-ia mengatakan filem Pirates kali ini best.

Kedua kerana aku teruja dengan kolaborasi Abrams dan Spielberg. Bayangkan dua orang Yahudi mabuk bergabung untuk satu filem, dah pasti filem yang akan dihasilkan akan menjadi lebih memeningkan kepala.

Ketiga aku teringin sangat nak melihat makhluk macam mana yang akan dipaparkan di dalam filem ini. Memang dah perangai si Abrams, suka merahsiakan jenis makhluk dalam filemnya, lihat saja siri Lost dan filem Cloverfield.

Malangnya aku tidak mendapat kepuasan ketika menonton filem ini. Gabungan dua Yahudi mabuk gagal menghasilkan sebuah filem yang membuat aku mabuk, sebaliknya aku rasakan Spielberg sudah kekeringan idea kreatifnya. Walaupun filem ini masih ada feel seperti filem ET, Close Encounter dan The Goonies, semua itu sudah pernah kita saksikan.

Cuma yang aku suka dengan filem ini, ia seolah-olah menjadikan plot tentang rasaksa/makhluk asing itu sebagai sampingan dan persoalan tentang kasih sayang dan persahabatan merupakan plot utama. Itu masih lagi value Spielberg yang masih kekal dalam setiap filemnya (lihat ET, War of the Worlds).

Aku juga suka akan nostalgia yang ingin dikembalikan Abrams dalam filem ini. Seperti Spielberg yang akan memasukan memori tahun 1950/60an dalam filemnya (lihat Back to the Future, Indiana Jones) Abrams pula mengembalikan nostalgia awal 80'an dalam filem ini. Ini amat ketara (tanpa perlu menulis latar masa 'somewhere around 1979') berdasarkan kepada poster-poster filem seperti Halloween, Dawn of the Dead dan Star Wars, begitu juga dengan lagu My Sharona daripada The Knack dan populariti walkman di kalangan remaja ketika itu.

Filem ini juga telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penonton kerana aku mendengar suara-suara daripada penonton di depan setiap kali kemunculan rasaksa mereka akan mengatakan "Super 8 datang" ataupun "inilah sarang Super 8" sedangkan Super 8 adalah sebuah format filem bersaiz 8 mm (itu pun aku teringat filem 8mm lakonan Nicolas Cage, kalau tak aku pun tak tahu, haha).

Super 8 hanyalah sebuah filem rasaksa yang sesuai untuk keluarga (walaupun dilabelkan PG13). Plot filemnya agak ringan dan bukan sebuah psychological thriller seperti yang aku bayangkan sebelum menonton filem ini. Malahan jika hendak dibandingkan antara filem Godzilla arahan Roland Emerich, rasanya Godzilla jauh lebih ganas.

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

tengok trailer pun macam ada kureng sikit.