Jumaat, 6 Mei 2011

Filem zombie daripada Israel


Apabila terbaca review tentang filem ini dalam sebuah laman web, ia terus menarik perhatianku.

Another World, sebuah filem apokaliptik zombie daripada sebuah negara yang penuh dengan kontroversi, Israel.

Plot filem ini sama dengan filem-filem zombie yang lain, khususnya arahan Romero, mengisahkan tentang kesilapan ujian senjata biologi yang telah menyebarkan sejenis bahan kimia yang mampu menukarkan tabiat seseorang menjadi ganas dan membunuh (bukankah sesuatu yang biasa bagi negara Israel?).

Cuma terdapat lima orang yang masih belum dijangkiti dan cuba untuk kekal dalam keadaan normal. Mereka ialah Colonel yang mewakili politikal dan ketenteraan, Doctor yang mewakili keadilan dan kasih sayang, Wizard yang mewakili kebijaksanaan dan pemikiran positif, Daughter yang mewakili kebebasan dan keseronokan dan Mouser yang mewakili sifat-sifat negatif dan kejahatan.

Hmmm....agak ironik, walaupun filem ini datangnya daripada sebuah negara yang penuh dengan keganasan, kebencian dan ketidakadilan, namun plot filem ini nampaknya penuh dengan falsafah kehidupan yang mendalam.

WEBSITE DAN TRAILER ANOTHER WORLD

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

aku memang junkie filem2 zombie