Jumaat, 18 Februari 2011

Trivia The X Files


The X Files merupakan sebuah siri TV berbentuk penyiasatan yang diselitkan unsur-unsur seram, misteri, sains fiksyen dan sedikit drama.

Siri ini diilhamkan dan diterbitkan oleh Chris Carter.

Siri ini mula ditayangkan di televisyen pada 10 September 1993 dan tamat pada 19 Mei 2002.

Siri ini dibintangi oleh David Duchovny yang membawakan watak utama iaitu agen FBI bernama Fox Mulder dan Gillian Anderson membawakan watak agen FBI Dana Scully.

Siri The X Files telah dianugerahkan sebagai Drama Terbaik sebanyak tiga kali di dalam Golden Globes iaitu pada tahun 1995, 1997 dan 1998.

Atas sambutan hangat terhadap siri The X Files, Chris Carter telah mengarahkan sebuah filem cereka berjudul The X Files: Fight the Future pada tahun 1998 dengan mengekalkan pelakon utama iaitu David Duchovny dan Gillian Anderson.

Pada musim kelapan, watak Mulder ditiadakan dan digantikan oleh watak John Doggett lakonan Robert Patrick.

Pada musim kesembilan, watak Scully pula ditiadakan dan digantikan dengan watak Monica Reyes lakonan Annabeth Gish.

Watak John Doggett dan Monica Reyes tidak pernah muncul di dalam filem The X Files.

Pada tahun 2008, Chris Carter telah mengarahkan filem sekuel kepada The X Files: Fight the Future iaitu The X Files: I Want to Believe. Malangnya filem ini telah mendapat kritikan daripada peminat-peminat The X Files mengatakan bahawa filem kali ini tiada 'semangat' The X Files.

Setakat ini belum ada kepastian sama ada filem ketiga The X Files akan dibikin atau tidak. David Duchovny pernah melahirkan hasrat untuk mengarah filem berjudul The X Files: 2012 namun tiada sebarang pengumuman dibuat oleh pihak produksi.

Siri The X Files telah melahirkan sebuah siri spin-off iaitu The Lone Gunmen. Chris Carter juga pernah menerbitkan sebuah siri berjudul Millenium yang mempunyai tema serupa dengan The X Files. Pada musim ketujuh The X Files, watak-watak dari siri Millenium telah disertakan dalam siri The X Files, menjadikan kedua-dua siri TV itu saling berkaitan.

1 ulasan:

RABUN berkata...

masa muda belia aku memang suka benar ngan siri x-file ni. Tak tau apasal....