Khamis, 17 Februari 2011

Trivia Paris Hilton


Paris Hilton dilahirkan pada 17 Februari 1981 adalah cicit kepada Conrad Hilton (pengasas Hotel Hilton).

Selain menjadi model, Paris Hilton juga bergelar personaliti media, penyanyi, penulis dan pereka fesyen.

Paris Hilton pernah membantu mereka koleksi dompet untuk jenama Jepun, Samantha Thavasa dan koleksi barang kemas Amazon.com.

Paris Hilton pernah menerima anugerah Golden Raspberry Award for Worst Supporting Actress untuk lakonannya dalam filem House of Wax pada tahun 2005. Paris Hilton sekali lagi menerima anugerah yang sama pada tahun 2008 untuk filem Repo! the Genetic Opera.

Paris Hilton menerima anugerah Golden Raspberry Award for Worst Actress dan Golden Raspberry Award for Worst Screen Couple bersama Christine Lakin atau Joel David Moore untuk filem The Hottie and the Nottie pada tahun 2008.

Paris pernah disifatkan lemah pengetahuan am gara-gara memberitahu bahawa Gordon Ramsay merupakan Perdana Menteri Britain, sedangkan jawatan itu disandang oleh Gordon Brown (Chef Wan mesti gelak tergolek-golek waktu dengar berita ini). Kejadian itu berlaku pada majlis pelancaran program realiti televisyennya berjudul Paris Hilton's British Best Friend di London.

Pada tahun 2007, nama Paris menjadi berita hangat apabila satu rakaman video yang memaparkan aksinya mandi dalam keadaan bogel tersebar luas di internet.

Paris Hilton pernah menjalani hukuman di penjara selama 23 hari di Los Angeles selepas didapati bersalah memandu ketika lesennya digantung.

Pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27, Paris menari penuh berani dan ghairah dengan pakaian seksi di pusat hiburan Pussycat Dolls Lounge, Caesar's Palace, Las Vegas. Gelagat Paris dianggap memalukan dirinya sendiri di depan para tetamu.

Seorang jutawan misteri dari Malaysia didakwa pernah membawa Paris ke Johannesburg, Afrika Selatan dengan menaiki sebuah jet peribadi dari London.

Pada tahun 2010, Paris Hilton dan adiknya Nicky telah dihalang daripada memasuki Jepun kerana disyaki membawa dadah. Akibatnya, tour promosi pewangi dan fesyen Paris Hilton ke seluruh Asia telah dibatalkan kerana negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia menjatuhkan hukuman lebih berat kepada mereka yang didapati bersalah membawa dadah.


FILEM-FILEM LAKONAN PARIS HILTON

Wishman (1993)
Sweetie Pie (2000)
Zoolander (2001)
Nine Lives (2002)
QIK2JDG (2002)
L.A. Knights (2003)
Wonderland (2003)
The Cat in the Hat (2003)
Win a Date with Tad Hamilton! (2004)
The Hillz (2004)
Raising Helen (2004)
1 Night In Paris (2004)
House of Wax (2005)
Bottoms Up (2006)
Pledge This! (2006)
The Hottie and the Nottie (2008)
Repo! The Genetic Opera (2008)
An American Carol (2008)
Pedal to the Metal (2009)
The Dog Who Saved Christmas Vacation (2010)


SIRI TV DAN DRAMA LAKONAN PARIS HILTON

Las Vegas: Episod 'Things That Go Jump in the Night' (2004)
George Lopez: Episod 'Jason Tutors Max' (2004)
The O.C.: Episod 'The L.A.' (2004)
Veronica Mars (2004)
American Dreams: Episod 'California Dreamin' (2005)
Rex (2009)
Supernatural: Fallen Idols (2009)


ALBUM NYANYIAN PARIS HILTON

Paris (2006)

Sumber: Kosmo!, wikipedia, imdb.

Tiada ulasan: