Sabtu, 12 Februari 2011

Trivia filem Magika


Filem Magika diarahkan oleh Edry Abdul Halim dan merupakan filem sulung arahannya.

Kos untuk filem Magika menelan bajet sebanyak RM2.4 juta.

Antara lagu yang dimuatkan dalam filem ini ialah Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle, Gebang (Maya Karin) dan Baik Kau Pulang Segera kolaborasi Aznil Nawawi, Diana Danielle dan Raja Azura.

Karakter Puteri Gunung Tahan tidak dapat direalisasikan kerana Datuk Siti Nurhaliza menolak tawaran yang diberikan kepadanya atas alasan belum bersedia berlakon.

KRU Studios sebelum ini telah menerbitkan dua buah filem yang mempunyai genre tersendiri seperti Cicak-Man dan Duyung.

Magika ditayangkan di 64 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura.

Filem Magika telah anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 dan beberapa anugerah lain seperti Penataan Seni Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Filem Magika juga turut dicalonkan untuk beberapa pencalonan lain di dalam Festival Filem Malaysia ke-23 namun tidak mendapat kemenangan. Antara pencalonan itu ialah Filem Komedi Terbaik (dimenangi oleh filem My Spy, juga terbitan KRU Studios), Poster Terbaik (dimenangi oleh filem Belukar), Penataan Bunyi Terbaik (dimenangi oleh filem V3: Samseng Jalanan), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (dimenangi oleh Yana Samsudin untuk filem Adnan Sempit), Sinematografi Terbaik (dimenangi oleh filem Niyang Rapik) dan Cerita Asal Terbaik (dimenangi oleh filem Lagenda Budak Setan).

Filem Magika juga telah memenangi empat anugerah di Majlis Anugerah Profima 2010 yang berlangsung di Palace of The Golden Horses pada 25 Januari 2011.

Anugerah yang dimenangi oleh filem Magika dalam majlis tersebut ialah Kesan Visual Terbaik, Audio Terbaik, Kostum Terbaik dan Pengarah Seni Terbaik.

Sebelum itu filem Magika telah menyertai Festival Filem Asia Pasifik ke-54 di Taipei namun tidak memperolehi sebarang kemenangan.

Sumber: Kosmo!, Sinema Malaysia

Tiada ulasan: