Selasa, 15 Februari 2011
Iron Maiden dapat Grammy!
Yeah! Seperti yang dijangka giliran kumpulan Metal British, Iron Maiden untuk menerima anugerah Grammy untuk Best Metal Performance.
Mereka menerima anugerah tersebut di Grammy Awards ke-53 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles pada 13 Februari 2011.
Lagu yang dipertaruhkan ialah El Dorado.
Iron Maiden telah berjaya menewaskan empat pencalonan yang lain iaitu Korn (Let the Guilt Go), Lamb of God (In Your Words), Megadeth (Sudden Death) dan Slayer (World Painted Blood).
Bagi kategori Best Hard Rock Performance ia dimenangi oleh Them Crooked Vultures dengan lagu New Fang.
Them Crooked Vultures mengalahkan empat pencalonan lain iaitu Alice in Chains (A Looking in View), Ozzy Osbourne (Let Me Hear You Scream), Soundgarden (Black Rain) dan Stone Temple Pilots (Between the Lines).
Untuk keputusan lain adalah seperti di bawah:
Best Solo Rock Vocal Performance
Pemenang: Paul McCartney (Helter Skelter).
Best Rock Performance by a Duo or Group with Vocals
Pemenang: The Black Keys (Tighten Up).
Best Rock Instrumental Performance
Pemenang: Jeff Beck (Hammerhead)
Best Rock Song
Pemenang: Neil Young (Angry World)
Best Rock Album
Pemenang: Muse (The Resistance)
Best Alternative Music Album
Pemenang: The Black Keys (Brothers)
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keputusan Grammy Awards ke-53, klik sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan