Jumaat, 21 Januari 2011

Asal Usul Rock 'n' Roll 4

Ketika era 50'an terdapat empat jenis muzik rock 'n' roll yang berkembang daripada muzik blues. Muzik-muzik tersebut ialah:

Country Boogie atau dikenali juga sebagai Rockabilly.

New Orleans Dance Blues atau dikenali juga sebagai Delta Blues.

Chicago Urban Blues.

Vocal Groups atau dikenali juga dengan nama Doo-Wop.


Country Boogie

Muzik jenis ini telah dipelopori oleh Elvis Presley, artis kelahiran Memphis, Amerika Syarikat yang sungguh cemerlang dengan muzik rock 'n' roll. Muzik ini juga dikenali sebagai Rockabilly. Pemuzik dan artis yang memainkan muzik jenis ini akan mempersembahkan gabungan muzik country and western, lagu-lagu koboi, lagu-lagu balada dan beberapa muzik untuk menari yang agak popular di kawasan tenggara Amerika Syarikat. Selain daripada Elvis Presley, artis lain yang terkenal dengan muzik jenis ini ialah Bill Haley yang telah menggabungkan muzik lama seperti blues dengan rock 'n' roll.


Delta Blues

New Orleans Dance atau dikenali juga dengan nama Delta Blues dipelopori oleh artis-artis yang kemudiannya berhijrah ke Chicago dan mencetuskan sejenis muzik lagi yang dikenali sebagai Chicago Urban Blues. Antara artis yang terkenal dengan muzik genre ini ialah Professor Longhair.


Chicago Urban Blues

Artis-artis yang mempelopori muzik jenis ini seperti Chuck Berry, Howlin' Wolf, Elmore James, Muddy Waters dan Bo Diddley. Bagaimanapun, artis-artis ini tidak akan ke mana jika tidak diketengahkan oleh pasangan adik-beradik yang membawa fenomena kepada muzik rock 'n' roll di Amerika iaitu Chess Brothers.


Doo-Wop

Doo-Wop merupakan kumpulan nyanyian yang mengutamakan vokal daripada bermain alat muzik. Jenis muzik ini juga dikenali sebagai acapella. Antara artis yang telah mempelopori muzik ini adalah seperti Frankie Lymon and the Teenagers.

Sumber: Rock On! The Rock 'n' Roll Greats karya Colin King.

Tiada ulasan: