Selasa, 20 Julai 2010

Sehari sebagai seekor singa

Vokalis kumpulan Rage Against the Machine, Zack de la Rocha bersama Jon Theodore, bekas pemain drum kumpulan The Mars Volta telah menubuhkan sebuah band projek yang diberi nama One Day as a Lion.

Muzik yang dibawakan oleh One Day as a Lion merupakan gabungan muzik rock, metal, rap dan punk. Debut EP untuk band ini telah dikeluarkan pada bulan Julai 2008.

Pada bulan Jun 2010, One Day as a Lion mengumumkan bahawa mereka akan bermain di Fuji Rock Festival. Pada 17 dan 18 Julai 2010 mereka telah mengadakan persembahan bersama Joey Karam, vokalis dan pemain keyboard band The Locust. Terdapat ura-ura mengatakan bahawa Joey Karam akan menyertai One Day as a Lion, namun setakat ini belum ada pengesahan yang dibuat.

Sumber: The Rolling Stones

Tiada ulasan: