Selasa, 20 Julai 2010

Gitaris MJ buat akan buat konsert di KL


Aku telah menyaksikan kehebatan gitaris muda ini di dalam filem This Is It dan memang dia hebat. Orianthi Panagaris atau lebih dikenali sebagai Orianthi, 24, akan membuat konsert solo di Kuala Lumpur Ogos ini.

Orianthi yang dilahirkan di Australia mula bermain gitar sekitar umur 15 tahun. Orianthi pernah bermain untuk pembukaan konsert Steve Vai di England pada usia semuda itu dan pernah bermain bersama Carlos Santana ketika berusia 18 tahun.

Kemudian Orianthi telah menjadi gitaris latar untuk beberapa orang artis seperti Prince, Carrie Underwood, Adam Lambert dan termasuk juga Raja Pop Michael Jackson. Orianthi juga pernah membikin dua album solo iaitu Violet Journey pada tahun 2007 dan Believe pada tahun 2009.

Anda dapat menyaksikan kehebatan permainan gitarnya dalam filem Michael Jackson's This Is It menerusi lagu Beat It dan Black or White.

Pada 4 Ogos 2010 Ortianthi akan mengadakan persembahan solonya di KL Live, 1st Floor, Live Centre, 20 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik sini dan sini.

Tiada ulasan: