Rabu, 7 Julai 2010

Filem Melayu: antara nak tonton dan malas nak tonton


Baru-baru ini aku terbaca di dalam akhbar tentang seorang pengarah filem Melayu yang kelihatannya seperti merajuk kerana filem arahannya tidak mendapat sambutan.

Pengarah tersebut yang kelihatan agak terpengaruh dengan filem-filem komedi merapu ala-ala Stephen Chow (sebenarnya Wong Jing lebih dahulu membikin filem-filem komedi seperti ini) berhasrat hendak bersara daripada mengarah filem.

Wow, sampai begitu sekali penangan yang diberikan oleh penonton filem di Malaysia sehinggakan pengarah itu berputus asa.

Itulah senario filem Melayu, agak sukar mendapat sambutan dan perhatian meskipun daripada bangsa sendiri. Begitu juga aku yang adakalanya agak 'berat' hendak pergi menonton filem Melayu.

Contohnya filem Susuk arahan Amir Muhammad. Aku pernah mengajak seorang teman untuk menonton filem ini dan jawapannya kepada aku, "filem Melayu? Tak naklah".

Agak berlainan dengan sambutan untuk filem-filem terbitan tahun 50-an dan 60-an. Aku boleh menerima filem-filem tersebut dengan senang hati, bukan sahaja filem-filem lakonan dan arahan P. Ramlee.

Ada beberapa faktor mengapa filem-filem Melayu sekarang agak sukar untuk aku tonton dan terima:

Pertama: Kerana mutu lakonan pelakon-pelakon sekarang yang memang nampak seperti berlakon, berbeza dengan filem-filem dahulu di mana lakonan pelakonnya nampak 'hidup' dan mengesankan.

Kedua: Kerana filem-filem Melayu sekarang terlalu 'ingin' menjadikan filem-filem Melayu seperti filem-filem Hong Kong, Bollywood dan Barat. Cuma ada segelintir pengarah dan penerbit filem Melayu yang benar-benar mahu membikin filem beridentitikan Malaysia.

Ketiga: Kerana hendak menonton filem memerlukan duit. Tiket yang dikenakan lazimnya di antara RM8 ke RM10. Agak tidak berbaloi apabila menonton sebuah filem yang mutunya amat rendah dengan harga tiket sebanyak itu. Akibatnya ramai yang lebih suka menunggu sahaja filem itu ditayangkan di kaca TV sahaja.

4 ulasan:

Abang Ben berkata...

betul tu... kat wayang ada 2-3 filem melayu tapi semua kalah bila The A-Team masuk campur... (pengalaman sendiri)

zulazahari berkata...

Abg Ben....tu baru The A Team, Surf's Up itu hari amacam? Tak dapat pergi ler, ada kenduri ler pulak, dengo cerita dok perform dgn Langsuir pakai kopiah....buat Nasyid Metal kot??

JePh berkata...

filem melayu ni..ntahlaa. kadang ok kadang tak..
err,pengarah kapoww ke yg merajuk tu? hehehe~

zulazahari berkata...

Kapoww?? Zass!! Hahaha...