Rabu, 17 Februari 2010

Fatwa larang lalui pengimbas bogel

Mungkin ini suatu kemusykilan yang sepatutnya ditanya kepada Ustaz di dalam rancangan Tanya Ustaz di TV9.

GAMBAR menunjukkan salah satu pengimbas yang terdapat di Lapangan Terbang Heathrow, London pada 2 Februari lalu.

WASHINGTON - Majlis Fikah Amerika Utara mengeluarkan fatwa dengan memberi peringatan supaya penumpang beragama Islam tidak melalui alat pengimbas bogel di lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Ia merupakan satu pelanggaran jelas ajaran Islam mengenai lelaki dan wanita dilihat berbogel oleh lelaki dan wanita lain," kata fatwa tersebut.

Larangan itu merupakan tamparan hebat berhubung penggunaan mesin X-ray yang ditempatkan di Lapangan Terbang Heathrow dan Manchester, Britain.

Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 40 alat pengimbas di 19 buah lapangan terbang dan dijangka meningkat sehingga 450 unit pada hujung tahun ini.

Penempatan mesin itu dibuat sebagai sebahagian daripada kawalan keselamatan selepas seorang warga Nigeria, Umar Farouk cuba meletupkan bom dalam seluar dalamnya semasa dia menaiki pesawat komersial ke AS pada 25 Disember tahun lalu.

Umar kini ditahan di sebuah penjara di AS. - Agensi

Dicuplik dari akhbar Kosmo! bertarikh 15 Februari 2010

Tiada ulasan: