Rabu, 20 Januari 2010

Sindrom Avatar


Adakah anda merasa kurang selesa, pening kepala, loya dan pandangan menjadi kabur semasa atau selepas menonton filem Avatar? Jika ya, mungkin anda mengalami Sindrom Avatar.

Seorang lelaki di Taiwan berumur 42 tahun mati sewaktu menonton filem Avatar arahan James Cameron. Lelaki tersebut yang mempunyai sejarah tekanan darah tinggi dipercayai meninggal dunia akibat keghairahan melampau sewaktu menonton filem Avatar yang ditayangkan dalam versi 3D, menurut doktor Selasa lalu.

Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Kuo mula merasakan tidak sihat sewaktu menonton filem itu dan telah dibawa ke hospital awal bulan ini. Kuo yang menghidap tekanan darah tinggi tidak sedarkan diri apabila beliau tiba di Hospital Besar Nan Men dan satu pemeriksaan menunjukkan bahawa otaknya mengalami pendarahan, Doktor Peng Chin-chih menyatakan.

"Ia mungkin akibat daripada keghairahan melampau sewaktu menonton filem tersebut yang mencetuskan gejala-gejalanya," dia memberitahu AFP.

Kuo meninggal dunia 11 hari kemudian akibat pendarahan otak, dan menurut akhbar China Times ia kematian pertama yang dikaitkan dengan filem epik sains fiksyen Avatar.

Blog-blog filem sebelum ini pernah melaporkan aduan-aduan mengenai sakit kepala, pening, loya dan penglihatan kabur yang dialami oleh penonton-penonton filem Avatar dan filem lain yang ditayangkan dalam imej 3D.

Sumber: AFP

Tiada ulasan: