Rabu, 9 Disember 2009

Papa Dom

Akhirnya aku berpeluang juga menonton filem terbaik Festival Filem Malaysia ke-22, Papadom walaupun agak terlambat (bukan lagi ketinggalan ERL ni, dah tertinggal Ekspres Rakyat rasanya). Bagaimanapun, bak judul album Butterfingers, Butter Late Than Never.

Tak nak tulis panjang-panjang sebab sebelum ni dah berlambak blogger lain yang mengulas tentang filem ini, ada yang menyifatkan filem ini ala-ala Disney, ada juga yang menulis filem ini mempunyai unsur-unsur Mahathirism, ada juga yang mengulas filem ini umpama clitoris yang terbuka (hmmm...sama ada pengulas ini mengambil jurusan perubatan sakit puan atau .....).

Jika diikutkan logik akal, seorang yang berjaya meraih 20A tidak akan meletakkan jurusan Perfileman sebagai 'option' utamanya untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. Tanyalah mana-mana pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM atau STPM, pastinya mereka akan meletakkan bidang seni dan perfileman sebagai pilihan kedua atau 'last option'. Mungkin juga bidang seni hanyalah sebagai hobi atau minat sahaja, jarang menjadi pilihan utama.

Namun, watak Mia Sara lakonan Liyana Jasmay telah mengejutkan (juga agak janggal) apabila meraih 20A dalam SPM dan memilih jurusan Perfileman di UiTM Shah Alam.

Secara keseluruhan, filem ini menghiburkan dan kesilapan-kesilapan kecil dan remeh tidak mencacatkan perjalanan cerita dan filem ini. Lakonan Noorkhiriah sebagai 'hantu' juga agak menggelikan hati. Begitu juga dengan Saadom yang menghidap skizofrenia setelah beberapa tahun kematian isterinya (kalau dah bercakap sorang-sorang bukan ke kena skizo namanya?)

Filem ini juga seolah-olah memberikan penghormatan atau homage kepada Mamat Khalid. Abang Mamat muncul sebagai VIP sewaktu pembukaan restoran nasi kandar Saadom di Ipoh, Perak dan ketika adegan Mia Sara menonton wayang bersama Hisham (lakonan Farid Kamil), filem yang ditayangkan ialah filem Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid (yang turut menampilkan Que Haidar, di dalam filem Papadom, Que Haidar melakonkan watak Mat). Mungkin selepas ini kita akan menyaksikan kelibat Afdlin sebagai cameo dalam filem arahan Abang Mamat.


Pada aku, filem Papadom sekadar 'nice movie', boleh ditonton, tidak membosankan dan ada adegan yang membuatkan aku ketawa berdekah-dekah. Namun cuma setakat itu sahaja. Bagi aku filem ini agak 'kurang' berbanding filem-filem Afdlin yang lain seperti Buli, Baik Punya Cilok dan Sumolah.

Not the best, not too bad either, just nice.

1 ulasan:

Abang Ben berkata...

setuju... agak kureng!