Jumaat, 11 Disember 2009

Lenny Kravitz isi tempat Steven Tyler, Rivers Cuomo cedera


Khabar angin mengatakan bahawa penyanyi Lenny Kravitz akan menggantikan Steven Tyler sebagai penyanyi utama kumpulan Aerosmith.

Selepas Steven Tyler meninggalkan kumpulan itu, anggota kumpulan yang lain berhasrat untuk meneruskan konsert jelajah mereka pada 2010 dan akan mengeluarkan album baharu.

Bagaimanapun setakat ini Lenny Kravitz memberitahu dia tidak pernah berhasrat untuk menyertai kumpulan Aerosmith.

Di dalam Twitter, Lenny menyatakan, "walaupun saya terharu bahawa Aerosmith mempelawa saya untuk menyertai mereka, namun Steven Tyler sudah sebati dengan Aerosmith, dan tiada penyanyi lain yang dapat menggantikan tempatnya. Saya berharap agar kesemua anggota Aerosmith tetap bersama. Mereka sebuah kumpulan rock yang klasik".

Sementara itu, penyanyi kumpulan Weezer, Rivers Cuomo dilaporkan cedera kerana terlibat dalam kemalangan bas di New York.

Kemalangan tersebut telah memaksa Weezer membatalkan siri konsert mereka untuk bulan Disember.

Bagaimanapun, Rivers Cuomo bersama pembantunya Sarah Kim hanya mengalami kecederaan kecil dalam kemalangan bas sewaktu menuju ke Boston pada 7 Disember lalu.

Weezer menyatakan di dalam laman web mereka bahawa mereka akan mengumumkan tarikh yang baru untuk konsert mereka.

Sumber dari MSN News

Tiada ulasan: