Rabu, 9 Disember 2009

Inglorious Basterds yang bastard!!!

Memang bedebah si Quentin Tarantino ni! Cuba untuk menggambarkan bahawa pasukan Yahudi Bastards memang berhak untuk membunuh tentera-tentera Nazi secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kononnya begitulah cara untuk mengajar tentera-tentera Nazi ini yang telah menyeksa dan membunuh kaum Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. Maka, pasukan Basterds akan melakukan perkara yang sama terhadap tentera-tentera Nazi, yang telah menimbulkan kebimbangan dan kegerunan kepada askar-askar Jerman kecuali Kolonel Hans Landa, digelar The Jew Hunter kerana kecekapannya memburu pelarian Yahudi , yang memang ingin berjumpa dengan pasukan Basterds ini terutama sekali ketuanya iaitu Lt. Aldo Raine, juga dikenali sebagai Aldo the Apache.

Inglorious Basterds bukan sebuah filem sejarah perang dunia kedua, sebaliknya sebuah filem perang yang memaparkan kengerian, kekejaman, pembunuhan dan penyeksaan perang. Jika anda rasakan filem Schindler's List arahan Steven Spielberg adalah sebuah filem perang yang kejam, Inglorious Basterds menjadikan filem itu bagaikan tontonan untuk anak-anak kecil.

Tarantino telah menulis semula sejarah dan menyebabkan Hitler bersama Joseph Goebbels, pakar propaganda Nazi mati ditembak ketika menonton wayang. Di mana pula Eva Braun?

Kepada anda yang suka menonton filem perang berlandaskan sejarah dan fakta sebenar, ini bukanlah filemnya. Inglorious Basterds hanyalah sebuah filem perang yang memuaskan nafsu mereka yang suka menyaksikan pembunuhan, tembak-menembak, letupan dan kulit kepala yang disiat.

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

violence and gore punya cerita la ni... I like!