Khamis, 5 November 2009

Yahudi yang dihormati di Gaza


Hakim Afrika Selatan, Richard Goldstone (gambar) mungkin tidak popular di Israel, tetapi di Semenanjung Gaza namanya telah dijahit ke atas skarf cenderamata sebagai pengormatan ke atas siasatan perang yang telah dilakukannya.

Tariq Abu Dia, pemilik kedai cenderamata Presiden Arafat di Gaza City berkata, Goldstone, walaupun seorang Yahudi, berhak menerima penghormatan itu atas apa yang telah diusahakannya.

"Hari ini kami menyiapkan 50 keffiyeh (skarf) yang dibuat daripada fabrik putih dengan gambar Dome of the Rock di Baitulmuqaddis sementara nama Goldstone disulamkan atas skarf tersebut sebagai menghargai tugasnya," kata Abu Dia sambil menunjukkan skarf tersebut.

Kedai tersebut, yang sering dikunjungi aktivis-aktivis dan sukarelawan asing menjual skarf-skarf buatan tangan dengan harga sekitar 20 Dollar (15 Euro).

Goldstone merupakan bekas pendakwa jenayah perang antarabangsa, telah menjadi selebriti di kalangan orang Palestin apabila beliau menyerahkan laporan UN HUMAN RIGHTS COUNCIL untuk Perang Gaza di mana beliau telah mendakwa Israel bersalah atas jenayah-jenayah perang yang dilakukan negara itu.

Laporan itu turut mendakwa militan Palestin atas kesalahan perang apabila melancarkan roket ke atas Israel sebelum dan semasa konflik tiga minggu yang meletus pada 27 Disember dan telah membunuh 1,400 rakyat Palestin dan 13 rakyat Israel.

Persidangan Agung Bangsa-bangsa Bersatu dijangka akan diadakan pada hari Rabu bagi meluluskan penggesaan resolusi tidak terikat bagi kedua-dua pihak untuk menyiasat laporan dan penemuan yang telah dibuat oleh Goldstone walaupun mendapat bantahan dari Israel.

Awal tahun ini kedai cenderamata Abu Dia telah menjual koleh-koleh sebagai penghormatan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama atas kemenangannya dalam pilihanraya Presiden dan tahun lepas kedai itu telah menjual koleh-koleh yang terpapar gambar Obama bertemu Presiden Palestin Mahmud Abbas sekitar 2008.

Sumber asal di sini.

Tiada ulasan: