Isnin, 9 November 2009

Thriller dari Australia

Pengarah filem Black Water, Andrew Traucki kembali dengan sebuah lagi filem seram yang sekali lagi menampilkan jerung buas sebagai antagonis. Filem yang dikatakan berdasarkan kepada kisah benar itu berjudul The Reef. Filem ini mengisahkan empat orang pelancong British belayar menjelajah kawasan terumbu karang paling cantik di dunia. Malangnya percutian mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bot mereka terbalik dan mereka terbiar terapung di laut. Apakah yang harus mereka lakukan? Berpaut pada cebisan bot yang pecah atau cuba berenang ke daratan? Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berenang. Sebaik sahaja mereka hampir ke daratan, mereka ternampak sirip timbul di permukaan dan mereka menyedari rupanya mereka sedang dalam pemerhatian jerung putih bersaiz lima belas kaki. Adakah mereka akan tiba di daratan atau perut jerung menjadi destinasi terakhir mereka?

The Clinic, sebuah lagi filem seram keluaran Australia, diarahkan oleh James Rabbitts dan dibintangi oleh Tabrett Bethell dan Andy Whitfield. Mengisahkan seorang wanita bernama Beth yang tersedar di dalam sebuah klinik terpencil. Beth yang baru bersalin menyedari anaknya telah diculik. Terperangkap dan menghadapi musuh tidak diketahui, Beth bergelut untuk membongkar rahsia klinik tersebut. Sejauh manakah tindakan seorang ibu untuk menyelamatkan anaknya?

TRAILER DAN WEBSITE THE REEF

TRAILER THE CLINIC

Tiada ulasan: