Selasa, 27 Oktober 2009

Lembing Awang balik ke Dayang

Pada awalnya, aku agak teruja untuk menonton filem epik Lembing Awang Pulang ke Dayang yang telah tertangguh tayangannya lebih kurang empat tahun. Agak jarang kita dapat menonton filem epik tempatan pada masa kini, kali terakhir pun filem Puteri Gunung Ledang yang telah ditayangkan pada tahun 2004.

Namun keterujaan aku itu menjadi pudar apabila membaca kenyataan di bawah:

"Jika meletakkan diri sebagai seorang penonton, mungkin banyak benda yang tidak cantik di mata saya. Tetapi sebagai seorang pelakon, saya rasa kami semua telah memberi yang terbaik walaupun secara jujurnya, saya tidak berpuas hati sebanyak 60 peratus dengan hasil lakonan saya."

Kenyataan itu diungkapkan oleh salah seorang pelakon filem tersebut, untuk membaca lebih lanjut klik sini.

Tambah memudarkan lagi hasrat aku untuk menonton filem ini adalah kerana imej di bawah.

Imej di atas memaparkan Awang yang bertemu dengan wanita Belanda dalam pelayarannya. Mengikut jalan cerita, kisah Lembing Awang Pulang ke Dayang ini berlaku sekitar abad ke-18, namun pakaian yang dipakai oleh wanita Belanda tersebut nyata terlalu moden yang lazimnya dipakai oleh wanita Inggeris sekitar abad ke-20. Di bawah dipaparkan imej fesyen wanita Eropah dari abad ke-18 hingga ke abad 20.

Fesyen wanita abad ke-18

Fesyen wanita abad ke-19

Fesyen wanita awal abad ke-20

Fesyen wanita tahun 1940 - 50'an.

Mungkin ia dianggap remeh kerana yang penting ialah jalan ceritanya, namun bagi aku ia agak penting juga kerana ia sekurang-kurangnya memperlihatkan kepekaan atau ketelitian mereka yang terlibat dalam penyediaan kostum untuk filem ini.

Hanya kerana watak wanita itu orang Barat maka asal ada pakaian Barat sudah memadai sedangkan pakaian itu tidak sesuai dengan masa yang menjadi latarbelakang cerita. Buatlah sedikit kajian tentang pakaian orang Eropah pada zaman itu, sekarang sudah ada internet, tidak perlu lagi hendak ke Eropah untuk membuat kajian.

Sekiranya filem ini dibawa ke peringkat antarabangsa untuk dipertontonkan (seperti filem Puteri Gunung Ledang dahulu) mungkin ia akan dijadikan bahan tertawa bagi masyarakat Barat kerana ia telah menjadi 'film goof'. Mereka akan mengatakan "pada zaman tersebut pakaian kami bukan begitu."

Mungkin ada yang mengatakan komen aku terlalu awal sedangkan aku belum lagi menonton keseluruhan filem, namun filem Melayu memang mudah dijangkakan walaupun tidak menontonnya.

Sekarang aku sedang berkira-kira sama ada hendak menonton filem ini ataupun baca sahaja novel Lembing Awang Pulang ke Dayang karya Abdul Latip Talib terbitan PTS.

Jangan marah ye!!

**Imej filem Lembing Awang Pulang ke Dayang dari www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Lembing_Awang_Pulang_Ke_Dayang_126

**Imej novel Lembing Awang Pulang ke Dayang dari abdullatip.blogspot.com/2009/10/lembing-awang-pulang-ke-dayang.html

1 ulasan:

RABUN berkata...

apa lah nasib filem melayuuu..hermm..