Khamis, 15 Oktober 2009

Ini bukan promosi ubat gigi

Aku masih ingat lagi sewaktu aku bersekolah rendah dahulu setiap kali subjek Kesihatan (aku tak pasti sama ada subjek ini masih lagi diajar atau tidak) guruku pasti akan berpesan kepada aku dan murid-murid lain supaya rajin memberus gigi.

Setiap kali lepas makan, terutamanya makanan yang manis seperti coklat dan gula-gula, hendaklah berkumur atau memberus gigi. Begitu juga setiap kali lepas bangun tidur dan sebelum tidur. Ubat gigi yang digunakan hendaklah mengandungi fluoride atau fluorida dalam bahasa Melayu kerana fluorida dapat menguatkan gigi.

Hampir 30 tahun aku menggunakan ubat gigi yang berfluorida sehinggalah kini apabila aku beralih kepada jenama ubat gigi keluaran tempatan yang halal dan tidak mengandungi fluorida. Punca sebenar bukanlah kerana bahaya fluorida seperti yang dinyatakan oleh sebuah persatuan pengguna Islam tetapi kerana ubat gigi tempatan yang aku lebih yakin akan status halalnya.

Tiba-tiba aku terlihat iklan ubat gigi yang aku pernah gunakan dahulu, seolah-olah menyindir produk ubat gigi tempatan, kononnya penggunaan ubat gigi bukan hanya halal semata-mata tetapi haruslah mengandungi fluorida. Aku segera teringatkan pesanan guruku dahulu.

Adakah fluorida ini benar-benar bahaya atau tidak? Tidak berpuas hati maka aku pun bertanya dengan Profesor Wiki. Klik sini untuk membaca lebih lanjut tentang bahaya fluorida terhadap gigi.

Penggunaan fluorida secara berlebihan memang boleh mengakibatkan mudarat terhadap gigi. Malahan penggunaan fluorida ini juga tidak digalakkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA) (rujuk laman web muslimconsumer.org.my)

Fluoride was first added to toothpastes in 1914, and was criticized by the American Dental Association (ADA) in 1937. Fluoride toothpastes developed in the 1950s received the ADA's approval. To develop the first ADA-approved fluoride toothpaste, Procter & Gamble started a research program in the early 1940s. In 1950, Procter & Gamble developed a joint research project team headed by Dr. Joseph Muhler at Indiana University to study new toothpaste with fluoride. In 1955, Procter & Gamble's Crest launched its first clinically proven fluoride toothpaste. On August 1, 1960, the ADA reported that "Crest has been shown to be an effective anticavity (decay preventative) dentifrice that can be of significant value when used in a conscientiously applied program of oral hygiene and regular professional care." Countries limit and suggest different amounts of fluoride acceptable for health. Much of Africa has a slightly higher percentage than the U.S.

In June, 2007, the US Food and Drug Administration and similar agencies in Panama, Puerto Rico and Australia advised consumers to avoid certain brands of toothpaste manufactured in China, after some were found to contain the poisonous diethylene glycol, also called diglycol or labeled as "DEG" on the tube. The chemical is used in antifreeze as a solvent and is potentially fatal.
-Wikipedia


Beberapa laman web rujukan tentang bahaya fluorida:

http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/leaflef_ancaman_bahaya_fluorida.jpg

http://www.fluoridealert.org

Jadi terpulang kepada anda sama ada masih mahu menggunakan ubat gigi jenama antarabangsa yang beracun atau ubat gigi jenama tempatan yang halal (sekiranya dikeluarkan oleh umat Islam) dan tidak beracun. Entri ini bukanlah satu bentuk promosi atau pun usaha mensabotaj pengeluar ubat gigi jenama antarabangsa, hanyalah sekadar ingatan.

1 ulasan:

cerpelai berkata...

Macam kenal je iklan tu? Dan setiap kali gua tengok iklan tu, gua agak sedikit terasa dengan provokasi sinikalnya.. Melambangkan yang ubat gigi tempatan tak boleh pakai dan tak membantu..