Selasa, 20 Oktober 2009

Fantasi, surreal dan panadol

Yeah, sediakan Panadol kerana anda akan pening kepala menonton filem ini. Namun kepada peminat-peminat Heath Ledger, Johnny Depp, Jude Law dan Colin Farrel, filem ini perlu ditonton kerana ia menggabungkan keempat-empat pelakon handalan ini dalam satu filem (sayangnya tiada Orlando Bloom).

The Imaginarium of Doctor Parnassus merupakan filem terbaru dari Terry Gilliam, pengarah yang terkenal dengan filem-filem fantasi dan surreal. Sekiranya anda pernah menonton filem-filem seperti Monty Python, Time Bandits dan The Adventures of Baron Munchausen, anda pasti akan 'biasa' dengan filem ini.

The Imaginarium of Doctor Parnassus mengisahkan seorang pelakon teater bernama Tony (lakonan Heath Ledger) telah menyertai satu kumpulan teater diketuai seorang lelaki bernama Doctor Parnassus. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Doctor Parnassus merupakan seorang lelaki yang berusia 1,000 tahun dan telah berjanji dengan Syaitan untuk menawan imaginasi para penonton yang menonton persembahan teaternya.

Tony yang mengembara ke dunia mimpi melalui cermin kepunyaan Doctor Parnassus (cermin ini adalah senjata yang diberikan Syaitan untuk memerangkap mimpi manusia) menjelma menjadi empat orang Tony yang lain (dilakonkan oleh Johnny Depp, Jude Law dan Colin Farrell).

Watak Doctor Parnassus dibawakan oleh Christopher Plummer.

Johnny Depp akan muncul dengan sebuah lagi filem fantasi arahan Tim Burton iaitu Alice in Wonderland.

TRAILER THE IMAGINARIUM OF DOCTOR PARNASSUS

Tiada ulasan: