Jumaat, 4 September 2009

Selamat berpuasa untuk hari yang ke-14

Sedar tak sedar kita dah berpuasa selama 14 hari. Macam mana dengan puasa kali ini? Aku masih tak berpuas hati dengan puasa kali ini sebab masih belum dapat mengubah diri Aku. Masih lagi seperti biasa seperti sebelum berpuasa dulu. Ada kalanya sembahyang lima waktu pun terlepas jugak satu dua waktu. Tarawih jangan cakaplah, bila rajin buat, bila malas tinggal. Pandangan mata pun tak terjaga. Jadi puasa ini masih belum sempurna bagi aku, cuma lapar dan dahaga je. Ada 15 hari lagi, cubalah sempurnakan baki yang ada ini. Itulah azam aku.

Time raya pada aku sejak dari zaman sekolah lagi aku memang jenis tak berat sangat pasal raya ni. Dulu masa time sekolah member-member suka ajak aku pergi beraya ke rumah member-member lain. Mana yang dekat tu aku pergi jugak tapi yang jauh sampai ke Manjoi, Sungai Siput, Kuala Kangsar maaflah aku tak pergi pun. Lazimnya aktiviti aku lepas sembahyang raya aku akan duduk di rumah mengadap TV. Kalau ada member datang layan le member, kalau boring pergi keluar tengok wayang. Dulu hari raya pertama aku boleh ditemui sama ada di panggung Lido atau Cathay di pekan Ipoh (dulu belum ada lagi Jusco dgn Ipoh Parade). Itulah tempat lepak aku dulu, kadang-kadang dengan member, kadang-kadang sendirian. Awek, hehe, tak mandang kata orang Perak.

Dah macam tradisi setiap kali raya aku akan beli sehelai Jeans baru. Jeans yang aku minat selalunya brand Lee atau Levis (biasanya beli brand Lee, lebih murah daripada Levis). Nampaknya tahun nie mungkin pecah tradisi sebab aku tak beli pun Jeans baru atas faktor kewangan. Tak ada cerita pun sama ada dapat bonus atau advance, jadi simpan je la duit. Kalau nak shopping raya pun mungkin beli baju untuk anak aku je. Langsir rumah masih elok jadi kami cuci balik dan pakai lah langsir lama tu. Nasib baik jugaklah aku dapat isteri yang jenis tak demanding, tak cerewet. Kalau tak mahu kopak le duit teman, hehe.

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa dan sentiasalah berusaha mentarbiyahkan diri sendiri.


Tiada ulasan: