Jumaat, 11 September 2009

Gemersik Munajat

Setiap kali mendengar alunan zikir, bacaan ayat suci al-Qur'an dan nyanyian daripada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim di radio, aku merasakan bahawa Ustaz Asri merupakan seorang yang sangat bertuah.

Sungguhpun beliau sudah tiada lagi di dunia ini, namun suaranya masih lagi kedengaran di corong-corong radio, mengalunkan ayat-ayat suci yang menyentuh hati siapa yang mendengarnya. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala kepadanya setiap kali ayat suci dan zikir-zikir munajat yang dilafazkan memberikan keinsafan kepada sesiapa yang mendengar.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin ya Rabbal Alamin.


Selamat datang ke taman sufi
Ahlan wa Sahlan ya marhaban

Taman Sa'adah penuh barakah

Sudahkah mendengar
Irama sufi yang mendayu-dayu

Gemersik munajat memecah hening
Yang bisa membenam alam sedar

Mampirlah ke raudah ini
Merawat jiwa mengubat hati
Penuh khusyuk kita hayati
Alunan syahdu menusuk kalbu

Hati yang rawan diulit pilu
Jiwa nan tandus dibuai sayu
Ada tangis dalam sendu

Susurilah sungai air mata taubat

Kutiplah mutiara ilmu yang bertaburan
Di sini wadah mujahadah dan muhasabah
Inilah murajaah dan muraqabah
Di dalamnya ada pohon hikmah berbuah mahmudah
Inilah gurindam jiwa di Taman Al Jannatul A'jilah

Sesekali kelapangan silalah ke mari
Hayati sendiri alunan gemersik munajat
Berehat sebentar dibuai irama sufi
Dalam kembara mu ke taman kekal
Negara abadi

Puisi dipetik dari album Gemersik Munajat Asri Ibrahim terbitan Abban Cipta Entertainment Production.

3 ulasan:

Ashraf Fareeq berkata...

oit.
selamat hari raya.

zulazahari berkata...

Ashraf, Selamat hari raya

fadz berkata...

Salam hari raya bro! Salam dodol, zakat fitrah dan lemang:)