Isnin, 3 Ogos 2009

Prekuel untuk Alien

Ridley Scott (gambar), pengarah asal filem Alien pada tahun 1979 akan membuat prekuel untuk filem tersebut.

Setakat ini belum ada maklumat tentang jalan ceritanya dan siapakah barisan pelakonnya. Filem ini dijangka siap dan ditayangkan pada tahun 2012.

Filem Alien telah dilanjutkan kepada tiga sekuel iaitu Aliens pada tahun 1986, Alien 3 pada tahun 1992 dan Alien Resurrection pada tahun 1997.

Dua buah filem spin-off untuk Alien telah dibikin iaitu Aliens vs Predator pada tahun 2004 dan Aliens vs Predator: Requiem pada tahun 2007. Kedua-dua filem ini juga merupakan crossover bersama filem Predator.

Filem Alien yang bakal diarahkan oleh Ridley Scott ini merupakan filem Alien yang kelima.

2 ulasan:

cerpelai berkata...

Prekuel?

Asal-usul Alien ke?
Bagus gak tu.. Tau-tau je dah wujud masa kali pertama kemunculannya dulu..

Nak tau jugak bangsa apa sebenarnya alien tu..

RABUN berkata...

cayolahhh!