Jumaat, 31 Julai 2009

Pantun Blues

Pantun ini aku cuplik dari blog Yus


Anak kancil mandi di muara,
Anak buaya kakinya terluka;
'Budak kecil' usah bersuara,
Biar 'si tua' meludah ke muka.


Satu jerami letak di tangga,
Dua jerami di bumi Melaka;
Sokong kami tidurmu syurga,
Ingkar kami jejakmu neraka.


Baru singgah ke majlis tari,
Paku terlonjak menikam kasut;
Satu sanggah Islam Hadhari,
Satu memijak hukum Hudud.

2 ulasan:

cerpelai berkata...

Mekasih tolong promote bro..
Kehkehkeh..

Err.. best sangat ke pantun ni? Gua main hantam je..

zulazahari berkata...

Best.