Jumaat, 31 Julai 2009

Alamak, fobia lagi?

Setelah berjaya mem'fobia' kan aku menontonnya, kini muncul pula sekuel untuk filem Phobia iaitu Phobia 2 yang akan memuatkan antologi lima buah kisah seram dalam satu filem. Seperti dalam filem Phobia, kisah-kisah dalam Phobia 2 juga berkaitan antara satu sama lain.

Sinopsis lengkap untuk filem ini tidak aku perolehi, bagaimanapun aku mendapat maklumat tentang judul-judul kisah yang dipaparkan dalam filem ini. Ia dimulai dengan kisah Backpackers yang berkemungkinan menceritakan kisah seorang pengembara, diikuti dengan kisah Used Cars yang mungkin mengisahkan tentang kereta terpakai yang berhantu.

Kisah ketiga berjudul People on Set, mengisahkan seorang aktress wanita mengalami pengalaman aneh dan menakutkan sewaktu di set penggambaran. Thorny Palm Tree pula mengisahkan pengalaman seorang sami dalam misi pertamanya untuk berdakwah.

Kisah terakhir berjudul Shared Room mengisahkan pengalaman seorang pesakit yang patah kedua-dua belah kakinya. Pesakit ini terpaksa menghadapi gangguan yang datang dalam sebuah wad.

Phobia 2 dibintangi oleh Charlie Tairat, Nicole Theriault, Marsha Wattanapanich, Jirayu Laoonmanee dan Worawech Danuwoong manakala pengarah yang terlibat seperti Songyos Sugmakanan, Pakpoom Wongpoom, Banjong Pisanthanakun, Paween Purikjpanya dan Visute Poolvoralaks.

Bila menyebut tentang Phobia atau 4bia, aku teringatkan blogger Mahhass atau Spiral, kat mana dia sekarang yer, dah lama tak update blog.

TRAILER PHOBIA 2

Tiada ulasan: