Khamis, 30 Julai 2009

Identiti

Aku memang meminati muzik jenis pantas dan membingitkan telinga. Lazimnya muzik-muzik sebegini bergenre rock, punk dan metal. Bagaimanapun itu hanya minatku sahaja dan aku tidak pernah terpengaruh dengan mana-mana ideologi yang disampaikan oleh penyanyi ataupun mereka yang mempersembahkan muzik-muzik sebegitu.

Begitu juga dengan penampilan aku. Aku lebih senang memakai Jeans dan T-Shirt dan kegemaran aku ialah T-Shirt berwarna hitam. Namun itu hanya pakaian kegemaran sahaja dan bukan menggambarkan identiti mana-mana kumpulan atau groups. Ada yang kata memakai T-Shirt hitam sinonim dengan kumpulan Black Metal, manakala memakai kasut but pula sinonim dengan kumpulan Punk atau Skinhead.

Apa yang aku ingin katakan di sini adalah kadangkala kita keliru dengan identiti. Sejak zaman remaja lagi aku cuba untuk tidak masuk ke dalam mana-mana lingkaran kerana aku lebih suka berada di luar lingkaran. Apabila berada di luar lingkaran aku lebih bebas untuk menyertai mana-mana golongan, tidak kisahlah sama ada golongan Yuppies ke, Hip-Hop ke, Punk ke, Metal ke, Tabligh ke.

Mungkin ada yang memberi gelaran Poser kepada aku kerana tiada identiti kononnya. Identiti aku hanya satu iaitu aku adalah orang Melayu manakala agama aku juga satu iaitu Islam.

*Kebelakangan ini aku banyak meracau, apa hal ntah?

Tiada ulasan: