Selasa, 28 Julai 2009

Buku hitam yang kecil

Filem-filem komedi romantik bukanlah merupakan cawan teh aku tetapi bila sekali dah tengok 'tersangkut' pulak seperti filem The Notebook dan Little Black Book.

Little Black Book dibintangi oleh Brittany Murphy mengisahkan seorang gadis bernama Stacy menjadi seorang penerbit untuk sebuah rancangan talk show. Stacy mengalami fobia dengan perhubungan setelah melihat ibunya sering mengalami kegagalan dalam percintaan.

Stacy kemudian berkenalan dengan seorang pemuda bernama Derek dan mencuba untuk serius dengannya. Bagaimanapun Stacy tetap ada perasaan curiga terhadap Derek dan meminta pandangan rakan sekerjanya Barb. Barb mencadangkan Stacy supaya mencuri pandang ke dalam palmbook Derek. Stacy menjumpai nama dan alamat tiga orang wanita di dalam palmbook tersebut dan mengesyaki Derek bermain kayu tiga dengannya.

Atas nasihat Barb, Stacy telah mengatur pertemuan dengan ketiga-tiga orang wanita itu dengan tujuan untuk mengorek rahsia Derek. Malangnya, Stacy tidak sedikit pun menyangka bahawa Barb telah merancang sesuatu terhadap Stacy.

Akhirnya ketiga-tiga wanita itu termasuk Derek dan Stacy telah menjadi undangan untuk rancangan talk show yang diterbitkan oleh Barb. Stacy baru menyedari bahawa dirinya telah dipergunakan oleh Barb untuk meraih rating tertinggi bagi program terbitannya. Stacy kemudiannya memutuskan hubungannya dengan Derek, sekaligus memutuskan juga persahabatannya dengan Barb dan meletakkan jawatannya.

Filem ini turut dibintangi oleh Holly Hunter, Kathy Bates, Ron Livingstone dan cameo daripada penyanyi veteran Carly Simon.

Aku akan ceritakan tentang filem The Notebook di lain kali.

Tiada ulasan: