Jumaat, 24 Julai 2009

Bisikan yang cuai

Rasa macam tak percaya apabila mendengar lagu Careless Whisper yang digubah semula oleh band Seether. Seether nyanyi lagu Careless Whisper? Cuba bayangkan kalau band Metallica ataupun Iron Maiden cover lagu Careless Whisper, mahu nangis semua mat-mat Metal kat seluruh dunia ni, betul tak Abang Ben?

Bagaimanapun lagu-lagu pop yang di'cover' oleh band-band Metal bukan sesuatu yang luar biasa. Sebelum ini band Children of Bodom pernah cover lagu Oopss I Did It Again daripada Britney Spears. Begitu juga dengan band HammerFall yang pernah cover lagu My Sharona daripada band The Knacks.

Tapi Careless Whisper? Sebuah lagu balada romantik yang sesuai didengari bersama awek sewaktu candlelight dinner ataupun ketika menari berdakap-dakapan sambil kepala awek terlentok di bahu, yukkks!!!

Oh, aku akui, lagu Careless Whisper memang lagu nostalgia bagi mereka yang dibesarkan di era 80'an. Lagu dendangan George Michael sewaktu bersama kumpulan Wham! memang diminati oleh kebanyakan remaja ketika itu terutamanya remaja perempuan.

Back to the topic, Seether telah berjaya 'mengeraskan' lagu ini dengan feel rock dan riff saxophone pada awal lagu ini (merupakan trademark lagu ini) telah digantikan dengan petikan gitar Troy McLawhorn. Meskipun begitu Seether masih tetap mengekalkan keaslian lagu ini.

Sebuah video klip turut dibikin untuk Careless Whisper tetapi jangan harap anda akan melihat aksi Shaun Morgan bersama awek di atas kapal layar seperti video klip asal yang dilakonkan oleh George Michael. Sebaliknya video klip Careless Whisper Seether tiada kena mengena lansung dengan lagunya. Video klipnya boleh dikatakan sebagai homage ataupun parodi untuk tahun 80'an kerana banyak watak-watak filem dan siri TV tahun 80'an dipaparkan dalamnya.

Bermula dengan permainan video ala-ala Atari, kemudian ada watak Greatest American Hero, kereta KIDD daripada siri TV Knight Rider, The Karate Kid, Teen Wolf, The A Team, Back to the Future dan juga George Michael sendiri.

Enjoy video klipnya di bawah.

Tiada ulasan: