Khamis, 18 Jun 2009

Jawapan kepada Abang Mamat

Pro dan kontra, imej yang aku suka, kredit untuk Ajami Hashim

Ini adalah response untuk entri Mamat Khalid Kena Jawab.

Salam Abang Mamat,

Kehendak peminat dan kreativiti pengarah juga penting untuk menghasilkan sebuah filem yg berkualiti dan popular. Saya teringat filem Mendam Berahi yang dikatakan antara filem termahal di Malaysia (sebelum filem Puteri Gunung Ledang) bagaimanapun gagal di pasaran, dan apabila saya tonton filem itu di kaca TV saya dapati memang patutlah filem itu gagal. Walaupun jalan ceritanya menarik (mengenai agensi kerajaan mencari harta karun yang karam bersama kapal Mendam Berahi) namun filem tersebut mempunyai banyak kelemahan. Pertama dari segi lakonan, skrip dan kontinuiti cerita yang melompat-lompat sampai saya sendiri pun tak faham apa yg cuba disampaikan.

Kalau diikutkan filem-filem arahan Abang Mamat belum sampai ke tahap yg membingungkan atau memperbodohkan penonton, sebaliknya banyak membuat penonton berfikir. Contohnya filem-filem ringan seperti Rock yang menyampaikan mesej ke mana hala tuju pemuda-pemuda Melayu, adakah patut hanya melayan muzik Rock sahaja, tanpa memikirkan masa depan, begitu juga dengan filem Zombi Kg. Pisang yang mengingatkan saya kepada kesusahan sewaktu zaman darurat.

Saya bukanlah seorang penggiat filem tetapi saya merupakan peminat filem tidak kira filem itu dari Barat, Timur, Melayu, Tamil asalkan berkualiti saya akan tonton. Saya doakan kesejahteraan pada Abang Mamat dan semoga kesihatan Abang Mamat sentiasa mengizinkan Abang Mamat untuk terus berkarya.

1 ulasan:

cerpelai berkata...

Salam..
Pada pandangan gua, Mamat Khalid cuba untuk menjadikan penonton filemnya berfikir.. Maknanya beliau bukan saja-saja buat filem tapi beliau buat filem dengan cara bersahaja namun punya maksud yang sangat tersirat..

Macam yang bro cakap, kejayaan filem tu sebenarnya terletak pada kualiti.. Bukannya ikut skala kuantiti tapi cukup 'sampah' sampai menyampah gua nak tonton.. Seperti contoh Mendam Berahi yang ditulis oleh bro, filem seperti Cutthroat Island, Water World, Duck Soup dan banyak lagi sebenarnya berbajet tinggi tapi tiada nampak kreatifnya..

Banyak bunyi laa gua ni..