Rabu, 17 Jun 2009

Dan sebenarnya, Yuna.....

Yeah, dia best kan? Awek bertudung yang memainkan gitar. Mulanya aku pun tak tahu macam mana rupa Yuna ni, cuma dengar lagunya Dan Sebenarnya yang sering berkumandang di radio. Bila melihat kemunculannya di kaca TV aku terkejut dengan penampilannya. Pada waktu itu aku rasa mungkin dia akan mengundang kontroversi tapi nampaknya tak pulak.

Lagu Dan Sebenarnya pada aku ada sedikit pengaruh Colbie Caillat. Pada lenggok Yuna menyanyikan lagu ini dan juga pada petikan gitar akustiknya memang kedengaran pengaruh Colbie Caillat, tapi aku tak mengatakan Yuna adalah klon Colbie Caillat, cuma dia mengambil sedikit influence Colbie Caillat untuk lagu ini. Ini hanyalah pendapat aku sahaja.

Okay, mari kita lihat lirik lagu ini.


DAN SEBENARNYA

Oh bulan
Jangan layan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli* aku
Pabila kau bersama yang lain


Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku


Ku enggan
berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain


Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku

[Bridge]
Di saat kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku

*Aku bukanlah seorang pakar bahasa ataupun penulis lirik profesional tetapi aku rasa perkataan 'memerli' tidak berapa sesuai. Mungkin lebih sesuai digantikan dengan perkataan mengejek ataupun menyindir. Ini pun cuma pendapat aku sahaja. Jangan marah yer!

Tiada ulasan: