Jumaat, 5 Jun 2009

Bill akhirnya terbunuh

Pelakon yang terkenal dengan watak Kwai Chang Caine dalam siri TV popular 70'an Kung-Fu dan juga dengan watak Bill dalam filem Kill Bill, David Carradine ditemui mati tergantung di dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Bangkok pada hari Khamis 4 Jun 2009. Pihak polis Thailand mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh diri. David Carradine berusia 72 tahun.

David Carradine berada di Thailand untuk pembikinan filem Stretch. Mayatnya ditemui oleh pihak polis kira-kira pukul 11.30 malam dalam keadaan tergantung dan separuh bogel. Tiada tanda-tanda pergelutan di dalam bilik tersebut dan pihak polis mengesyaki David Carradine membunuh dirinya sendiri.

Maklumat lanjut di sini.

Tiada ulasan: