Selasa, 19 Mei 2009

Karya Inggeris Hideo Nakata

Setelah mengarahkan remake untuk filem Jepun arahannya iaitu The Ring 2, Hideo Nakata berpeluang mengarahkan sebuah filem Hollywoodnya sendiri. Sebuah filem seram yang menyentuh tentang keselamatan berhubung di dunia cyber berjudul Chatroom.

Chatroom mengisahkan beberapa remaja yang menggunakan laman sembang sosial di Internet sebagai perhubungan. Empat orang remaja iaitu Jim, Eva, Emily dan Mo berhubung dengan William secara online, dan tertarik dengan karisma yang ditunjukkan oleh William meskipun mereka tidak bersemuka dengan lelaki itu.

Jim telah mendedahkan rahsianya kepada William bahawa dia adalah seorang penagih tegar. William bersetuju untuk membantu Jim menghilangkan ketagihannya dan Jim yang tidak menyedari akan agenda sebenar William bersetuju untuk menemui William. Bagaimanapun Jim sebenarnya sedang memakan umpan William dan akan terperangkap di jaringan maut yang disediakan oleh William.

Filem ini dibintangi oleh Daniel Kaluuya dan Matthew Beard. Dua orang lagi pelakon yang dijangka akan membintangi filem ini ialah Aaron Johnson dan Hannah Murray. Penggambaran akan dimulakan bulan hadapan.

Tiada ulasan: