Selasa, 21 April 2009

1977 sejarah ditulis semula

Ini merupakan lanjutan untuk entri penggambaran filem 1977 History Rewritten yang ditulis oleh salah seorang rakan blogger. Sebagai seorang peminat filem yang akan menonton apa sahaja filem asalkan ianya bagus dan menepati citarasa (sekarang dah kurang sikit disebabkan faktor kewangan dan masa) sudah pastinya entri ini menarik minat aku.

Di dalam entri beliau iaitu ondscene.blogspot.com, beliau telah menyiarkan beberapa gambar menarik di lokasi penggambaran filem tersebut bagaimanapun beliau tidak menulis lebih lanjut tentang filem itu. Jadi sekiranya anda ingin melihat gambar-gambar tersebut anda bolehlah melayari blog beliau iaitu ondscene di sidebar kategori MISC ataupun klik sahaja hyperlink di atas.

1977 History Rewritten adalah sebuah filem Tamil yang difilemkan di Malaysia. Filem ini dilakonkan oleh Sarath Kumar, seorang pelakon Tamil yang memegang watak sebagai seorang warganegara Malaysia. Difahamkan Sarath Kumar mengambil masa selama dua bulan untuk mempelajari diksi Tamil dan kehidupan masyarakat India di Malaysia.

Filem ini mengisahkan seorang saintis Tamil yang bekerja di luar negara tetapi telah dieksploitasikan oleh organisasi jenayah antarabangsa. Saintis itu yang enggan lagi bekerjasama dengan organisasi itu telah melarikan diri dan menjadi buruan organisasi tersebut.

Filem ini diarahkan oleh Dinesh Kumar dan pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Farzana dan Jayasudha. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 31 Ogos dan akan dialih bahasa kepada bahasa Telugu, Hindi dan Malayalam.

Hmm....agaknya ada pula bintang Tamil yang akan dapat title datuk lepas ini.

Tiada ulasan: