Selasa, 3 Mac 2009

Mat Kilau dan Pasir Salak


Gambar dipetik dari Berita Harian


Akhirnya kisah Pahlawan Mat Kilau akan difilemkan. Filem tersebut akan dikeluarkan oleh Lagenda Studios dan diarahkan serta diterbitkan oleh CEO nya, Rodzee. A. Razak. Difahamkan bahawa kos pembikinan filem ini lebih kurang RM 10 juta, filem Melayu kedua termahal selepas filem epik Puteri Gunung Ledang.

Watak Mat Kilau akan dibawakan oleh Hairul Nizam Ibrahim, seorang pemuda yang mempunyai latar belakang persilatan namun tiada asas dalam bidang lakonan. Difahamkan filem ini akan menggunakan khidmat pelakon tambahan seramai 700 orang, rasanya filem tempatan pertama yang menggunakan khidmat pelakon seramai itu. Filem ini juga akan menggunakan teknologi terkini untuk kesan khas dan juga imej janaan komputer (CGI).

Rodzee A. Razak memberitahu beliau mengambil masa selama dua tahun untuk membuat penyelidikan tentang Mat Kilau. Katanya juga filem The Patriot lakonan dan arahan Mel Gibson telah menjadi inspirasi untuk filem ini.

Tan Sri Jins Shamsudin pula dikatakan akan menyambung kembali penggambaran filem Pasir Salak yang telah tergendala sejak beberapa tahun yang lalu. Katanya, beliau akan cuba untuk menyiapkan filem epik tersebut selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Tan Sri Jins Shamsuddin juga berhasrat untuk membikin sebuah filem mengenai riwayat hidup Tan Sri P. Ramlee setelah selesai pembikinan filem Pasir Salak nanti.

Sumber untuk filem Pahlawan Mat Kilau di sini.

Sumber untuk filem Pasir Salak di sini.



2 ulasan:

mamat khalid berkata...

orang semua mengata. menteri pun mengata. aku pula ingin lihat filem ini menjadi. aku mau cita2 rozi itu tercapai semangat dia di sahut. sudah rezeki dia boleh bikin filem puluhan juta. mari kita sama2 merealisasikan impian dia. jika berat rasa nak bersuara anggukkan hati sudah mencukupi.

zulazahari berkata...

Seperti Abg Mamat saya pun ingin melihat filem ini berjaya.