1968: Tunnel Rats merupakan filem berkonsepkan perang arahan Uwe Boll. Filem ini cuba menonjolkan kengerian dan kesengsaraan yang dialami oleh tentera Amerika sewaktu berada di Vietnam.
Sgt. Vic Hollowborn (Michael Pare) telah kembali ke daerah Cu Chi di Vietnam bersama beberapa orang tentera untuk membalas dendam atas kematian anggotanya dalam serangan hendap yang dilakukan oleh tentera-tentera Vietcong. Anggota-anggota pasukan Sgt. Hollowborn kebanyakannya remaja yang baru meninggalkan alam persekolahan dan tiba-tiba didedahkan dengan suasana peperangan dan pembunuhan di Vietnam.
Mungkin tidak mahu kelihatan seperti Rambo, dan mahu mencuba tema seperti filem Platoon atau Black Hawk Down, filem ini lebih fokus kepada kekalahan tentera Amerika. Anggota-anggota pasukan Sgt. Vic Hollowborn ramai yang gugur dalam filem ini, terutama apabila mereka memasuki terowong yang dibina oleh tentera Vietcong.
Walaupun tahap gore dan keganasan dalam filem ini boleh dikatakan dalam tahap maksimum, namun filem ini tidak mampu memancing penonton untuk menontonnya. Filem ini hanya ditayangkan di sebuah panggung di Amerika Syarikat dan akibatnya Uwe Boll telah dinobatkan sebagai Pengarah Terburuk dan menerima anugerah Golden Raspberry Awards.
Sebelum ini Uwe Boll pernah mengarah filem seperti Alone in the Dark, In the Name of the King: a Dungeon Siege Tale dan BloodRayne. Filem-filem tersebut juga dikatakan gagal walaupun ia dibarisi dengan nama-nama terkenal. Filem terbaharu arahan Boll adalah adaptasi daripada permainan video iaitu Far Cry dan yang masih berada dalam produksi iaitu filem Zombie Massacre.Komen aku, filem ini bagus dari segi teknikal, dari segi kengerian peperangan tetapi dari segi lakonan ia agak mengecewakan dan membosankan.
1 ulasan:
Dulu gua suka tengok cerita Tora! Tora! Tora! yang dibikin dengan kerjasama Jepun dan Inggeris.
Nampak lebih realistik dengan pendekatan seperti dokumentari..
Platoon pun menjadi kegemaran kerana menunjukkan kengerian untuk berada di Vietnam masa tu..
Catat Ulasan