Khamis, 12 Februari 2009

Rasukan ah belasah jer

Malam tadi aku telah terlihat teaser Rasukan Ablasa arahan Professor A. Razak Mohaideen di TV. Hmmm.....lagi filem Prof. Razak. Professor ni betul-betul produktif dalam menghasilkan filem.

Dalam banyak-banyak filem arahan Prof. A. Razak Mohaideen aku cuma sukakan filem 7 Perhentian yang aku rasakan agak berlainan daripada filem-filem seram arahan Prof. A. Razak Mohaideen. 7 Perhentian bercorak thriller psikologikal yang mana aku rasa agak kurang dalam filem Melayu (dulu aku suka filem Detik 12 Malam lakonan Seniwati Sarimah yang turut menyelitkan elemen thriller psikologikal). Aku pernah menonton filem Mistik dan Potret Mistik arahan Prof. Razak yang padaku agak meletihkan daripada menyeramkan, he he......

Nampaknya Prof. Razak turut menggunakan teknologi CGI untuk membuat transformasi hantu dalam filem Rasukan Ablasa. Mungkin itu gunanya Yusry KRU dalam filem ini.

Apa-apa pun, belasah aje lah. Tak nak tengok di panggung tunggu je di ASTRO.

*Poster filem ini ada similariti dengan poster filem Chermin. Kebetulan?


TRAILER RASUKAN ABLASA

Tiada ulasan: