Jumaat, 6 Februari 2009

Apabila superhero bertemu supernatural

Sewaktu kanak-kanak dulu aku suka menonton siri Semut Merah di TV. Semut Merah ataupun Kamen Rider merupakan siri TV Jepun yang popular dari dulu sehingga kini. Aku rasa Kamen Rider lah yang mencetuskan fenomena tokusatsu (superhero Jepun) ke seluruh dunia, selain Ultraman, Godzilla dan Super Sentai (Super Sentai ditukar kepada Power Rangers oleh Haim Saban).

Atas populariti Kamen Rider maka ia dibentuk menjadi filem fiksyen dan filem Kamen Rider pertama dikeluarkan pada tahun 2005. Filem ini mendapat sambutan hangat di Jepun dan sekuelnya dikeluarkan pada tahun 2007 dengan judul Kamen Rider the Next.

Filem Kamen Rider the Next agak istimewa kerana ia menyelitkan unsur-unsur J-horror di dalam sebuah filem superhero untuk kanak-kanak. Terdapat sedikit elemen dan pengaruh daripada The Ring dan The Grudge menyebabkan ia digelar Kamen Rider meets Ju-On. Kamen Rider the Next juga dikategorikan sebagai PG-12 kerana mengandungi unsur ganas yang tidak melampau dan sedikit nudity.

Ia mengisahkan tentang beberapa kejadian pembunuhan telah berlaku dan mangsa telah dibunuh dengan kejam. Setelah disiasat, dipercayai mangsa mati sewaktu mendengar lagu Platinum Smile yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi bernama Chiharu. Ini menyebabkan orang ramai menganggap lagu Platinum Smile telah disumpah. Chiharu merupakan seorang penyanyi pop yang telah membunuh diri kerana telah dijangkiti sejenis virus. Pengurus promosi Chiharu enggan mendedahkan kematian Chiharu dan mencampakkan mayatnya ke dalam longkang bawah tanah. Virus yang terdapat dalam badannya telah menghidupkan semula (re-animate) mayat Chiharu dan menjadikan lagu Platinum Smile sebagai perantara.


Filem ini berakhir dengan rasaksa Chiharu dapat dimusnahkan oleh Kamen Riders tetapi terdapat sedikit twist pada akhir cerita. Benarkah lagu Platinum Smile itu satu sumpahan?


TRAILER KAMEN RIDER THE NEXT

2 ulasan:

anas afrohead berkata...

the best dude!

filem kamen rider the first meninggalkan impak yang betul2 mendalam pada fanatik kamen rider seperti aku.
dengan rekaan semula sut kamen rider 1 dan kamen rider 2.
helmet baru yang lebih bergaya, sut baru yang nampak betul2 'rider'.
gaya henshin pun telah direalistikkan selaras dgn logik zaman moden.

kamen rider the next mempunyai peningkatan dari segi jalan cerita,
bukan untuk tontonan kanak2 lagi.
kanak2 mungkin tak faham jalan cerita the next.
dan terkejut juga ada adegan gadis telanjang walaupun sekejap. haha
yang paling best, adegan pertarungan lebih mantap! aksi pertarungan dari kamen rider 1 dan kamen riser 2 cukup mengujakan dalam sekuel ini.

sut kamen rider v3 pun cantik. berbeza dengan sut asal v3 yang agak hodoh ketika era ishinomori dulu.

akhir kata dari aku.. HENSHIN!!

zulazahari berkata...

Anas, TQ sebab sudi singgah di blog yg x seberapa nie.