
Momok merupakan sebuah antologi kisah-kisah hantu dan seram yang diinspirasikan daripada teater Hantu-Hantu Yang Saya Kenali yang pernah dipersembahkan di Muzium Negara suatu masa dahulu sempena pameran hantu dan alam ghaib. Kini Momok akan dipersembahkan dalam bentuk filem dengan judul Momok the Movie.
Filem ini akan diarahkan oleh M. Jamil (aku selalu konfius antara M. Jamil dan Anwardi Jamil, M. Jamil adalah anak Seniwati Dato' Sarimah Ahmad manakala Anwardi Jamil merupakan anak kepada Datuk Jamil Sulong). Filem ini akan menampilkan enam buah cerita seram yang berkisarkan tentang hantu seperti pontianak, pocong, orang bunian, badi mayat, mayat hidup dan sampuk.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Momok bolehlah melayari website Momok The Movie ataupun blognya momokthemovie.blogspot .
*Poster daripada website Momok the Movie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan