Khamis, 8 Januari 2009

Maut akan datang menjengah


Maut, atau dahulunya dikenali dengan nama Malaikat Maut, sebuah filem seram arahan Bade (Badaruddin Hj. Azmi) yang pernah mencetuskan kontroversi dalam sebuah website Metal suatu masa dahulu (Abang Ben tahu kot web apa tu, huhu).

Filem ini dibuat dalam bentuk antologi. Terdapat tiga buah cerita yang akan dipaparkan dalam filem ini, konsep yang sama seperti filem 4Bia dari Thailand dan Three gabungan pengarah Korea Selatan, Thailand dan Hong Kong. Bezanya, ketiga-tiga segmen dalam Maut diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Bade.

Yang mengaitkan ketiga-tiga segmen dalam Maut adalah temanya iaitu kematian. Kisah yang utama tentang sepohon pokok yang mana setiap kali daunnya gugur, maka satu nyawa akan hilang. Dan daripada kisah ini ia dibahagikan kepada tiga kisah lain iaitu kisah pertama Ketenangan Abadi, kisah kedua Sinar Harapan dan kisah ketiga ialah Azab Balasan.

Menariknya, filem ini cuba untuk lari daripada kelaziman filem seram di Malaysia. Filem Maut boleh dikatakan sebagai sebuah filem seram yang cuba untuk memberi keinsafan kepada penonton dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan penonton begitu sahaja. Maksud aku sesetengah penonton yang menonton filem seram membayar tiket untuk ditakutkan, tetapi melalui Maut anda ditakutkan supaya tidak melakukan perkara yang dipaparkan dalam filem tersebut. Mampukah Maut menjadi sebuah filem seram yang bermesej ataupun filem seram yang berdakwah, sama-sama kita saksikan nanti.

*Review ini aku tulis berdasarkan sinopsis dan trailer filem Maut, aku tak pergi pun tonton previewnya hari itu, jadi tak dapat nak kupas banyak-banyak.


TRAILER MAUT




1 ulasan:

bestos berkata...

M.a.u.T-nma pun maut mesti mesti lar citer pasal mati...penuh keinsafan..klu budak2 jahat yg tek citer nie xinsaf2 lagi tu xtaw la..best..tapi kaku sket..n sape yg xsuke berfikir mesti bored tgk citer ni..plakon ok especially liyana j..tgk la tp jgn bwk budak kecik nti byk soal lak dowg..