Jumaat, 9 Januari 2009

Lari ke Gunung Ahli Sihir


Sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, antara program kegemaran aku di televisyen ialah Wonderful World of Disney. Rancangan ini akan menayangkan filem-filem keluaran Disney dari tahun 40'an hinggalah ke tahun 80'an. Antara filem-filem Disney yang aku gemari yang ditayangkan dalam program ini ialah The Parent Trap, The Shaggy Dog, Swiss Family Robinson dan Escape to Witch Mountain.

Kini setelah 34 tahun, filem Escape to Witch Mountain akan di remake semula oleh Disney menggunakan judul baru, Race to Witch Mountain. Race to Witch Mountain akan menjadi lebih menarik kerana menggunakan teknologi terkini, CGI dan special effects yang tidak terdapat dalam filem keluaran 1975.

Race to Witch Mountain diadaptasi terus dari novel Escape to Witch Mountain karya Alexander Key. Filem ini diarahkan oleh Andy Fickman dan dibintangi oleh Dwayne Johnson (The Rock), AnnaSophia Robb dan Carla Gugino. Filem ini mengisahkan pasangan adik beradik yang sebenarnya adalah makhluk asing meminta bantuan seorang pemandu teksi (The Rock) untuk membawa mereka ke sebuah kawasan pergunungan yang dikenali dengan nama Witch Mountain. Dalam masa yang sama mereka diburu oleh agensi kerajaan.

Ye ye.....kita kena boikot barangan keluaran pro Israel......so marilah kita menonton filem ini melalui DVD cetak rompak....huhu....


TRAILER RACE TO WITCH MOUNTAIN

1 ulasan:

Aku berkata...

hehehehe ... yahhhh boikot mereka ... beli cetak rompak? hehehe