Isnin, 12 Januari 2009

Budak-budak jahanam!

Filem ini memang disturbing. Bukan hanya pada kengerian seksaan yang dikenakan ke atas pasangan yang bercuti itu, ia turut mengganggu emosi yang membuatkan darah anda menggelegak melebihi 100 darjah celcius.

Ya! Geram melihat gelagat budak-budak jahanam dalam Eden Lake menyebabkan anda inginkan suatu pembalasan yang setimpal dikenakan ke atas mereka. Anda akan ternanti-nanti bilakah mereka akan terkena semula, malangnya penantian anda itu tidak kesampaian. Walaupun ada antara geng tersebut yang mendapat pembalasannya, namun bukanlah orang yang sepatutnya.

Filem arahan James Watkins ini membuktikan bahawa anda tidak perlukan wajah yang hodoh, makhluk asing ataupun entiti ghaib untuk sebuah filem seram yang baik, cukup sekadar budak-budak jahanam yang lebih dahsyat daripada Setan!


1 ulasan:

djambu puadovich berkata...

betul!
sepjg2 saya menonton filem ni, x putus2 memaki...bukan saje budak2 jahanam...mak bapak diorg pun sama!