Rabu, 19 November 2008

Selepas Fido datang Otto

Masih ingat dengan filem Fido, sebuah filem zombie yang agak lain daripada filem zombie yang selalu kita tonton. Sekarang muncul pula filem Otto; or Up with Dead People.

Filem ini mengisahkan tentang Otto, zombie yang tidak tahu daripada munculnya berada di tengah lebuhraya. Otto kemudian ditumpangkan sehingga ke Berlin. Otto kemudian merayau-rayau ke seluruh pekan. Seorang pengarah filem underground bernama Medea Yarn terjumpa Otto dan ingin membuat sebuah dokumentari mengenai Otto. Di samping itu Medea juga sedang dalam pembikinan filem porno politikalnya, Up with Dead People. Dia merasakan Otto adalah calon sesuai untuk filemnya itu.

Filem keluaran Kanada dan Jerman ini dibintangi oleh Jey Crisfar, Katharina Klewinghaus, Susanne Sachße dan diarahkan oleh Bruce La Bruce.

2 ulasan:

mahhass berkata...

Ini filem zombie versi gay dari pengarah Bruce LaBruce, seorang gay. Tapi aku tak ada masalah, boleh jer aku tonton kalau dah ada nanti.

zulazahari berkata...

Yep, zombie gay dan juga ada unsur-unsur porn. Mungkin art film with zombie, huhu!!!