Selasa, 11 November 2008

PENJAHAT PERTAMA MEMAKAI KOSTUM

Penjahat pertama ataupun supervillain pertama yang memakai kostum (di dalam siri TV dan filem) adalah The Lightning daripada siri The Fighting Devil Dogs yang diterbitkan pada tahun 1938.

Perhatikan kostum yang dipakai, hampir menyamai pakaian Darth Vader dalam filem Star Wars. Bagaimanapun pakaian Vader diinspirasikan daripada pakaian pahlawan Samurai sewaktu zaman feudal Jepun dan topinya diilhamkan daripada topi tentera Jerman sewaktu Perang Dunia Pertama(Wikipedia).


The Lightning memiliki beberapa senjata sulit tersimpan dalam kostumnya (similar kepada watak Batman). Antaranya adalah torpedo elektrik yang boleh memberi kejutan elektrik kepada mangsanya.


The Lightning juga boleh terbang dengan menggunakan sayap mekanikal yang tersimpan di belakang kostumnya. Dia akan membunuh mangsanya menggunakan kejutan elektrik dan meninggalkan kesan hitam (kesan terbakar) di atas tubuh mangsanya sebagai pengenalan dirinya (sesuai dengan namanya The Lightning).

Watak The Lightning dilakonkan oleh Hugh Sothern.

1 ulasan:

Cerpelai berkata...

Sekali pandang macam Darth Vader pulak..!! Mungkin watak famous Darth Vader mengambil inspirasi dari watak ini agaknya..

Salam..