Selasa, 11 November 2008

GILA BATU SEJUK


Stone Cold Crazy adalah judul lagu yang dipopularkan oleh kumpulan rock Queen yang dimuatkan dalam album mereka Sheer Heart Attack. Lirik lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang berangan-angan hendak menjadi gangster ataupun ahli kongsi gelap.

Lagu ini telah di cover oleh kumpulan Metallica dan dimuatkan dalam album mereka Garage Inc. Mereka telah mengubah lirik lagu ini menjadi lebih ganas. Sekiranya di dalam lagu asal liriknya berbunyi "walking down the street/shooting people that I meet/with my rubber tommy water gun" tetapi versi Metallica ianya berbunyi "walking down the street/shooting people that I meet/with my fully loaded tommy gun". Pistol air telah ditukar kepada pistol sebenar.

Metallica telah memenangi Best Metal Performance untuk lagu ini dalam Grammy Awards ke-33 pada tahun 1991.

Tiada ulasan: