Khamis, 20 November 2008

OldBoy versi Spielberg

Nampaknya berita Spielberg hendak membuat remake untuk filem Oldboy bukanlah khabar angin semata-mata. Filem ini akan ditulis semula oleh Mark Protosevich yang pernah menulis untuk filem The Poseidon Adventure dan I Am Legend.

DreamWorks milik Spielberg sedang dalam perbincangan dengan Mandate Pictures (pemegang hakcipta filem Oldboy di US) untuk pemilikan hakcipta. Setelah semuanya selesai kita akan menyaksikan Will Smith memegang watak sebagai seorang lelaki yang diculik dan dikurung selama 15 tahun tanpa sebarang motif. Setelah dibebaskan, lelaki itu akan menjejaki semula penculiknya dan dalang di sebalik penculikan itu. Pencariannya akan membawanya kembali ke zaman remajanya sewaktu menuntut di kolej di mana ada kaitan dengan penculikannya.

Selain dari filem Oldboy, Mark Protosevich juga sedang menulis untuk filem Thor yang akan diterbitkan oleh Marvel Studios.


Sumber : The Hollywood Reporter

2 ulasan:

mahhass berkata...

Terus terang, aku benci kalau Oldboy kena remake. Oldboy tu sebuah 'gem' asia, filem underrated, dan salah satu top 10 asian film aku.

Macamana Spielberg akan dekonstruk naratif Oldboy aku tak tahu (rujuk scene pertemuan dia dengan 'perempuan' tu di restoran Sushi). Mesti tersasar temanya lalu menjadi filem PG mengikut arus perdana.

Tak ada kerja lain (mentang2 banyak duit), asyik nak eksploit sinema Asia. Fikirlah skrip sendiri/original tak boleh ke.

Marah btul aku.

zulazahari berkata...

Samalah, aku pun tak berapa suka juga, selalunya bila di remake filemnya dah jadi lain daripada asal. Dan Spielberg untuk filem semacam Oldboy pada aku tak kena lansung, kalau Tarantino mungkin boleh consider lagi.