Jumaat, 21 November 2008

Dunia akan tamat pada 2012


Sebuah lagi filem bercorak apokaliptik daripada Roland Emmerich. Sebelum ini filem dengan corak yang sama arahannya ialah Independence Day dan The Day After Tomorrow.

Filem ini merupakan sebuah filem yang mempunyai ramai pelakon terkenal antaranya John Cusack, Amanda Peet, Thomas McCarthy, Danny Glover, Thandie Newton, Oliver Platt dan Woody Harrelson. Seperti filem Deep Impact, filem ini juga menampilkan Presiden Amerika berkulit hitam yang dilakonkan oleh Danny Glover (mungkin sekarang tidak lagi menjadi sesuatu yang ganjil setelah Obama memenangi pilihanraya Presiden).

Ia berdasarkan pada kalendar purba kaum Maya yang meramalkan dunia dan tamaddun manusia akan musnah pada tahun 2012. Sebenarnya banyak filem yang telah menggunakan tahun 2012 sebagai plot utama antaranya ialah I Am Legend, Death Race dan Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Sebuah lagi filem yang dijangka akan mengambil plot yang sama sedang dalam perancangan dan dijangka diterbitkan oleh Michael Bay, berdasarkan novel berjudul 2012: The War for Souls karya Whitley Strieber.

TRAILER 2012

Tiada ulasan: