Ia mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Robert Perkins yang menyaksikan pembunuhan kedua orang tuanya. Peristiwa itu telah menghantui dirinya dan menyebabkan paranoid kerana yakin pembunuh itu akan kembali untuk membunuh dirinya.
Apabila dewasa Perkins telah menculik 14 orang dan menggunakan hipnosis ke atas mereka. Mereka dijadikan sebagai tentera untuk melindunginya daripada pembunuh tersebut. Apabila Perkins ditahan polis dan dipenjarakan, 14 orang yang diculiknya masih lagi mematuhi arahannya iaitu 'membunuh untuk Perkins'.
Filem ini pada mulanya dikembangkan dalam laman web Massify.com. Para pelayar laman web ini akan menyumbangkan konsep cerita. Idea daripada Jeremy Donaldson telah dipilih. Filem ini juga akan ditayangkan di Horrorfest ke-3.
2 ulasan:
eh ... plot filem ni mcm best la pulak kan? emmm dia boleh hipnosis 14 org jadi tentera dia tu ... best...bestttt ..
Aku rasa hipnosis mcm dlm KMBM kot....huhu!!!
Catat Ulasan