Kategori Best Hard Rock/Metal Performance telah diperkenalkan dalam Grammy Awards pada tahun 1989. Anugerah ini telah dimenangi oleh kumpulan rock legenda Jethro Tull untuk album mereka Crest of a Knave. Jethro Tull tidak bersetuju dengan kategori tersebut dan mahukan hard rock dan metal dipisahkan.
Ramai yang menjangkakan kumpulan Metallica memenangi anugerah itu dengan album ....And Justice for All. Sewaktu Alice Cooper dan Lita Ford mengumumkan nama Jethro Tull sebagai pemenang, kedengaran bunyi boo dari arah penonton.
Selepas insiden tersebut, pihak produksi album Jethro Tull menyiarkan iklan di dalam majalah Billboard dengan gambar seruling bersama ayat yang tertera "The flute is a heavy metal instrument." Seruling adalah instrument utama dalam muzik Jethro Tull.
Apabila Metallica memenangi anugerah Grammy pada tahun 1992 pemain dram Lars Ulrich memberi ucapan 'terima kasih' kepada Jethro Tull kerana tidak mengeluarkan album pada tahun itu. Sebenarnya Jethro Tull memang ada mengeluarkan album pada tahun 1991 tetapi tidak dicalonkan.
Kontroversi antara Jethro Tull dan Metallica ini menyebabkan pihak Grammy mengasingkan Hard Rock dan Metal. Insiden ini juga dimasukkan dalam senarai 10 Biggest Upsets in Grammy History oleh Entertainment Weekly.
sumber : Entertainment Weekly

Tiada ulasan:
Catat Ulasan