Khamis, 6 November 2008

BOLLYWOOD TELAH MENAWAN HOLLYWOOD

Apa lagi nak dikata? Demam Bollywood telah menular ke Hollywood nampaknya. Kalau pernah menonton rancangan America's Got Talent musim kedua, pasti perasan akan penjual sandwich berketurunan Pakistan bernama Mohammad Kashif. Apakah talent yang terdapat pada pemuda ini selain menarikan tarian Bollywood yang ntah apa-apa, tetapi mendapat pujian daripada juri terutama sekali Sharon Osbourne.

Terbaru, sebuah filem terbitan Hollywood yang menampilkan pelakon Bollywood berjudul Slumdog Millionaire. Filem percintaan dan romantik ini diarahkan oleh Danny Boyle dan skrip ditulis oleh Simon Beaufoy berdasarkan novel Q and A yang ditulis oleh Vikas Swarup, seorang ahli diplomat India.

Filem ini mengisahkan seorang pemuda telah menyertai rancangan Kaun Banega Crorepati, versi Hindi untuk Who Wants to be a Millionaire? Tujuannya adalah untuk mengesan kembali kekasihnya yang telah lama terpisah kerana kekasihnya itu peminat setia rancangan tersebut, bukannya untuk memenangi duit 1 Crore yang ditawarkan. Tanpa disangka-sangka dia telah memenangi wang tersebut. Bagaimanapun pihak produksi menuduh dia menipu.

Filem ini dibintangi oleh Dev Patel, Madhur Mittal, Freida Pinto, Anil Kapoor dan Irfan Khan. Pada mulanya Danny Boyle telah berbincang dengan Shah Rukh Khan untuk muncul dalam filem ini (kerana SRK adalah hos sebenar rancangan Kaun Banega Crorepati selepas Amitabh Bachchan) tetapi kemudian watak itu diberikan kepada Anil Kapoor. Muzik untuk filem ini digubah oleh A.R. Rahman dan lagu-lagu untuk soundtrack filem ini dinyanyikan oleh M.I.A, artis British yang berketurunan Sri Lanka.

Walaupun filem ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon Bollywood, bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris dengan lenggok Hindi ataupun digelar Hinglish.

TRAILER SLUMDOG MILLIONAIRE

1 ulasan:

Geng Metal berkata...

Hinglish? thehehe ... tu sbb mat saleh tu doknampak perut depa tu bro ..akekekeke...tu yg demam 1 hollywood tuhhh